Penyediaan juadah makanan dibuat secara gotong royong oleh kakitangan dan keluarga. Juadah makanan disediakan mengikut sajian Utara (Laksa Penang), Selatan (Lontong Darat) dan Timur (Nasi Dagang). Lemang dan Rendang. Selain daripada turut disediakan makanan ringan untuk kanak-kanak iaitu nugget, bebola ikan dan sotong.
Seramai lebih dari 1, 800 orang telah menghadiri majlis yang bermula jam 8.00 malam. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Penasihat; Datin Paduka Badariah bt Hassan dan Tuan Kamardin b. Hashim, Hakim Mahkamah Seksyen Batu Pahat; Tuan Bakar b. Katar Isteri, Majistret Mahkamah Kluang; Tuan Azhar Arif b. Mohamad dan Pendaftar Mahkamah Seksyen Batu Pahat; Puan Sabatun b. Daud dan suami.
Majlis telah diserikan dengan persembahan band Penjara Simpang Rengam, Johor. Pada akhir Majlis Pengerusi PERSIAP Penjara Simpang Rengam, Puan Zalifah bt Shoib telah memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.
Antara tetamu jemputan yang hadir Pengerusi Lembaga Penasihat, Hakim, Majistret dan Pendaftar Mahkamah | Pengerusi dan Naib Pengerusi memberi duit raya kepada anak-anak kakitangan |