| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara 2008 Peringkat Penjara Sibu

20 Oktober 2008 - Seramai 70 anggota yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, anggota pelbagai pangkat dan pegawai awam menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Jabatan Penjara Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu. Perbarisan ini diketuai oleh KIP Paiman Bin Amin.

Acara dimulakan seawal jam 0800hrs dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku, Bakti Setia dan Kualiti Teras Kejayaan.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat KIP kepada IP Tain Bin Sanggau dan diikuti dengan penganugerahan pingat kepada 25 orang anggota. Senarai penerima pingat adalah terdiri daripada 4 orang menerima Pingat Perkhidmatan Awam (PPA), 4 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), 1 orang menerima Pingat Setia Penjara (PSP), 1 orang menerima Pingat Ketua Pengarah Penjara-Gangsa (PKPP), 1 orang menerima Pingat Bakti Penjara (PBP), 7 orang menerima Riben Kelakuan Baik (RKB) dan 7 orang menerima Sijil Penghargaan. Pemakaian pangkat dan pemberian pingat telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Rini Bin Tupong.

Majlis yang berakhir sekitar jam 1000hrs, diteruskan dengan acara gotong royong menyediakan gerai-gerai dan persiapan untuk aktiviti pada sebelah malam manakala pada sebelah petangnya pula telah diadakan perlawanan sukan yang telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Antara perlawanan-perlawanan yang telah diadakan adalah seperti Bola Tampar, Futsal, Sepak Takraw dan petanque.Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan keakraban semua lapisan kakitangan Penjara Pusat Sibu. Menghangatkan lagi pertandingan pada petang tersebut, ialah apabila pengarah Penjara Pusat Sibu Tuan Rini Bin Tupong turut beraksi untuk menunjukkan kehebatan dalam Sepak Takraw kategori 40 tahun keatas dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut.

Acara kemuncak bagi sambutan Hari Jabatan Penjara Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu ialah Majlis Ramah Tamah. Majlis tersebut diadakan pada jam 1900hrs di Padang Fusal Penjara Pusat Sibu. Turut hadir bagi menyerikan majlis pada malam tersebut ialah Ketua Polis Daerah Sibu, Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Terbang Sibu dan ketua-ketua kampung. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan gerai tercantik, cabutan bertuah, persembahan poco-poco 5 inspektor baru dan pertandingan pakaian beragam.

Selain itu, pada malam sebelum sambutan Hari Jabatan Penjara Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu turut diadakan tayangan Video bertajuk �Hati Malaya 1957� yang dianjurkan bersama Biro Tata Negawa (BTN). Tayangan Video ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dan menghayati maksud kemerdekaan di kalangan anak-anak dan kakitangan Penjara Pusat Sibu kearah sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tayangan video �Hati Malaya 1957� juga turut ditayangkan kepada para penghuni Penjara Pusat Sibu pada 28 oktober, selaras dengan tema Hari Jabatan Penjara Malaysia iaitu Pemulihan Kearah Masyarakat Harmoni.

Pemeriksaan barisan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu diiringi TPP Marius Kolodius
Peserta pertandingan pakaian beragam yang terdiri daripada anak-anak kakitangan
Pemeriksaan barisan oleh Pengarah
Penjara Pusat Sibu diiringi
TPP Marius Kolodius
Peserta pertandingan pakaian
beragam yang terdiri daripada anak-
anak kakitangan
""