Pada 21 Oktober 2008, Majlis Tilawah Al Quran dan Marhaban dimulakan pada pukul 8.00 malam bertempat di Padang Penghuni Penjara Pokok Sena. Ketibaan Timbalan Ketua Pengarah, KPj Dato' Zulkifli Bin Hj Omar diiringi oleh PKK Hj Ahmad Faudzi Bin Hj Awang selaku Pengarah Penjara Pokok Sena Dan TKPj Hj Darussalam Bin Budin selaku Pengarah Pemulihan Dan Rawatan IPPM disambut dengan paluan kompang dari penghuni Penjara Pokok Sena yang diketuai oleh KPL 8819 Nordin Bin Abdul Rashid.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Nordin Bin Abdul Rashid. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PKK Hj Ahmad Faudzi Bin Hj Awang Pengarah Penjara Pokok Sena dan pengumuman keputusan Tilawah Dan Marhaban oleh Pengerusi Jemaah Hakim. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh Johan Qari Mohd Sukri Bin Yasin dari Penjara Pokok Sena dan Johan Qariah dari Penjara Pengkalan Chepa. Majlis diteruskan dengan persembahan marhaban daripada Johan Marhaban yang dimenangi oleh Penjara Pokok Sena.
Setelah selesai persembahan oleh johan-johan, penyampaian saguhati dan hadiah diberikan kepada pemenang oleh Y. Bhg Dato` KPj Hj Zulkifli Bin Omar diiiring PKK Hj Ahmad Faudzi Bin Hj Awang dan TKPj Hj Darussalam Bin Budin. Hakim-hakim yang mengadili Majlis Tilawah Al Quran Ini juga diberi saguhati yang disampaikan oleh Y. Bhg Dato' KPj Hj Zulkifli Bin Omar.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Perasmian Penutupan Majlis Perujian Tilawah Al Quran Dan Marhaban oleh Y. Bhg Dato` KPj Hj Zulkifli Bin Omar dan majlis bersurai. Y. Bhg Dato` KPj Hj Zulkifli Bin Omar diiring PKK Hj Ahmad Faudzi Bin Hj Awang dan TKPj Hj Darussalam Bin Budin untuk menikmati jamuan ringan pulut durian, roti jala dan nasi himpit.
Y. Bhg. KPj Dato` Zulkifli Bin Hj Omar berucap dan merasmikan Penutupan Majlis Tilawah Al Quran | Y. Bhg. KPj Dato` Zulkifli Bin Hj Omar menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Jemaah Hakim |