Program yang diilhamkan sendiri oleh Pengarah PPA Batu Gajah ini adalah bertujuan untuk meningkat kesedaran tentang pentingnya peranan masyarakat kepada golongan kurang upaya yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Antara kerja-kerja amal yang dilaksanakan di rumah kebajikan berkenaan adalah seperti membersihkan kawasan sekitar, menanam pokok bunga dan juga membuat landskap bagi mengindahkan lagi kawasan tersebut.
Institusi ini turut memberi sumbangan berbentuk produk penjara dan juga hamper untuk kegunaan para penghuni.
PP Abdul Halim Bin Ma-Hasan menyampaikan hamper kepada pegawai yang menjaga Rumah Kebajikan | PP Abdul Halim Bin Ma-Hasan menandatangani plak Peringatan. |