Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak iaitu Penguasa Penjara Abdul Halim Bin Ma-Hasan diiringi oleh Pegawai Perbarisan Inspektor Asrul Sani Bin Amrullah.
Seramai 30 anggota telah menyertai Perbarisan Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Inspektor Asrul Sani Bin Amrullah.
Majlis Sambutan juga turut disertai oleh Jabatan Parol Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah Parol Negeri Perak iaitu PP Puan Norwati Binti Mat Isa dan 19 Anggota Kadet Koreksional dari SMK Dato Bendahara CM Yusuf Tg.Tualang, Perak.
Antara jemputan yang turut hadir ke majlis berkenaan adalah terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pesara-pesara penjara, pengetua, guru dan wakil-wakil pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Batu Gajah, Perak. ""