| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

30 Kakitangan Penjara Sibu Menderma Darah

22 Oktober 2008 (Rabu) - Penjara Pusat Sibu telah menganjurkan program derma darah dengan kerjasama Rajang Medical Center. Program derma darah diadakan di bilik mesyuarat Penjara Pusat Sibu dan bermula seawal jam 0900hrs sehingga jam 1600hrs.

Seramai lebih kurang 30 kakitangan Penjara Pusat Sibu tampil sebagai penderma dalam program berkenaan. Menurut pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Rini Bin Tupong, penganjuran program seumpama ini haruslah diteruskan dan menjadi program tahunan Penjara Pusat Sibu.

Ini kerana, ia sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat luar bahawa Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk menahan dan memulihkan pesalah-pesalah tetapi turut berperanan sebagai sebuah jabatan yang prihatin, berintegriti dan berwawasan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk menjadi sebuah institusi bertaraf dunia.

1 2

""