| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Malaysia Penjara Sungai Buloh

Pada 20 Oktober 2008, seramai 121 orang kakitangan Penjara Sungai Buloh telah menerima Sijil Penghargaan, Pingat dan Riben Kelakuan Baik sempena Hari Penjara 2008 yang telah diadakan di Dewan Tan Sri Murad Penjara Sungai Buloh.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh dan telah dihadiri lebih 400 orang kakitangan termasuk beberapa orang wakil Parol Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Kualiti Teras Perkhidmatan. TKPj Narander Singh juga telah membaca perutusan Hari Penjara dari Y. Bhg. Datuk Komisioner Jeneral Penjara.

Selesai majlis anugerah pingat, ceramah intergriti telah disampaikan oleh En.Hanis Yusar bin Yusoff, Pengarah Sektor Politik, Pusat Intergriti Nasional Kuala Lumpur.

Pusat Darah Negara juga telah mengadakan kempen derma darah, dimana lebih 165 orang kakitangan turut menunaikan tanggungjawab sebagai penderma. Acara lain yang turut diadakan termasuk badminton dan bolasepak.
Lawatan Ke Bengkel Perusahaan
Kempen derma darah
Lawatan Ke Bengkel Perusahaan
Ceramah Intergriti
""