Pada 24 Oktober 2008 Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (Selangor FM) telah mengadakan Majlis Malam Jalinan Mesra Aidil Fitri yang telah diadakan di Dewan Tan Sri Murad Penjara Sungai Buloh.
Turut hadir dalam majlis tersebut En. Isamudin Ahmad, Pengarah Penyiaran Selangor dan Timbalannya, Puan Salbiah Mohd Shariff berserta lebih 20 orang penyiar dan krew Selangor FM.
Dengan barisan artis seperti D.J Dave, Sarah Raisuddin, Izwan Pilus, Stacy AF6, majlis digamatkan lagi dengan kehadiran pelawak Abon dan Ali Mamak yang mengendalikan rancangan tersebut.
Rancangan yang disiarkan secara langsung di saluran Selangor FM 100.9 tepat jam 9.00 malam itu akan disiar ulang pada hari minggu kedua November jam 2.30 petang.
Pada majlis tersebut TKPj Narander Singh turut menyampaikan sumbangan khas raya kepada ibu tunggal dan anak kurang upaya serta duit raya untuk kanak-kanak. ""