Perbarisan Tamat Latihan Institusi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2008 telah diadakan pada 24 Oktober 2008 bertempat di Padang Kawat Maktab Penjara Malaysia. Ianya telah dihadiri oleh dif-dif kehormat iaitu Y.B Senator Dato� Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri , |
Seramai 9 orang peserta Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara (STPP) dan 129 orang peserta Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 1/2008 serta 90 peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2008 telah berjaya menamatkan kursus asas yang telah diadakan di Maktab Penjara Malaysia dan Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia. Y.B. Senator Dato' Wan Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengambil tabik hormat bagi majlis berkenaan. Beliau dalam ucapan telah menekankan para peserta supaya sentiasa berusaha meningkatkan diri dalam kerjaya bagi kemajuan Jabatan kearah koreksional bertaraf dunia.
Peserta Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara (STPP) dan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 1/2008 telah menjalani kursus mulai 20 Januari hingga 24 Oktober 2008 di Maktab Penjara Kajang manakala peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2008 telah menjalani kursus mulai 1 Julai 2008 hingga 24 Oktober 2008 di Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia, Tanjung Kling Melaka.
Bagi Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara Pelatih terbaik adalah:
- TPP Zaidi Asri bin Mohd Zainuddin @ Hilmi (Pelatih Terbaik Keseluruhan) dari Penjara Pengkalan Chepa
- TPP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin (Pelatih Terbaik Kepimpinan) dari Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah
- TPP Muhammad Asri bin Ali (Pelatih Terbaik Akademik) dari Penjara Pokok Sena
Bagi Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Pelatih terbaik adalah:
- IP.Muhammad Shah bin Abdul Hamid (Pelatih Terbaik Akedemik) dari Penjara Pengkalan Chepa
- IP. Irwan Syah bin Abdul Semin (Pelatih Terbaik Kemahiran) dari Penjara Simpang Rengam
- IP.Mohd Hazleen bin Rosnan (Pelatih Terbaik Kepimpinan) dari Penjara Kajang
Bagi Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara di Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia, Tanjung Kling Melaka:
- WAJARA Mohamad Hanis bin Ismadi (Pelatih Terbaik Keseluruhan) dari Penjara Kajang
- WAJARA Mohd Helmi bin Mohd Rosli (Pelatih Terbaik Akademik dari Penjara Kajang
- WAJARA Mohd Noor Nasriq bin Mohd Ibrahim (Pelatih Terbaik Latihan Luar) dari Institut Pemulihan Dadah Jelebu
- WAJARA Mohd Khaizar bin Abas (Pelatih Terbaik Kepimpinan) dari Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah
Hadiah-hadiah bagi peserta terbaik telah disampaikan oleh Y.B. Senator Dato' Wan Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Penyampaian sijil bagi perbarisan tamat latihan tersebut disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Nordin bin Hj. Muhamad, Pengarah Latihan Jabatan Penjara Malaysia.
Beliau telah diiringi oleh Penolong Komisioner Penjara Osman bin Ahmad, Pengarah Maktab Penjara Malaysia dan Penguasa Penjara Rohana binti Abdullah, Komandan Pusat Kecemerlangan Koreksional, Tanjung Kling, Melaka.
Pada majlis yang sama, penganugerahan Sijil ISO 9001:2000 kepada Maktab Penjara Malaysia dan Pusat Latihan Pegawai Penjara juga telah disampaikan oleh Ir.Hj Yahya bin Ahmad Pengerusi SIRIM Malaysia Berhad kepada Komisioner Jeneral Penjara Y.Bhg Datuk Mustafa bin Osman.
Y.B. Senator Dato' Wan Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan sijil-sijil berkenaan kepada Pengarah Maktab Penjara Malaysia dan Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara.
Skop Penganugerahan persijilan adalah merangkumi pengendalian kursus asas bagi pegawai lantikan baru bagi MPM dan PULAPEN.
Pengiktirafan ini adalah diharap akan memantapkan lagi pengurusan latihan asas Jabatan Penjara.
| ||
Pemeriksaan Baris Oleh Y.B Senator Dato' Wan Farid Bin Wan Salleh Timbalan Menteri Dalam Negeri | Hormat Panglima Y.B Senator Dato' Wan Farid Bin Wan Salleh Timbalan Menteri Dalam Negeri | |
TPP Zaidi Asri Bin Mohd. Zainuddin (Pnjr Pengkalan Chepa) Pelatih Terbaik Keseluruhan (KSTPP) | Wajara 19352 Mohamad Hanis Bin Ismadi (Penjara Kajang) Pelatih Terbaik Keseluruhan (KSAPP) |