| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Deepavali Pada 1 November 2008 Di Hadapan Pejabat Rekod Tahanan PPA Simpang Renggam, Johor

Program Jalinan Kasih Deepavali 2008, peringkat institusi Penjara/PPA Simpang Renggam, Johor telah diadakan pada 1 November 2008 (Sabtu) dan bertempat dihadapan Pejabat Rekod, PPA Simpang Renggam, Johor.

Program tersebut telah melibatkan seramai (19) orang penghuni (banduan/tahanan) berketurunan India beragama Hindu yang menjalani Fasa 2 ke atas dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam Program Pelan Pembangunan Insan.

Aturcara program bermula pada jam 8.30 pagi di mana keluarga penghuni terlibat membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Perjumpaan Institusi. Keluarga terlibat telah diberikan taklimat keselamatan oleh Pegawai Perjumpaan sebelum dibawa masuk ke tempat Program dengan menaiki bas yang dikhaskan diiringi oleh UKP. Seterusnya ketibaan keluarga disambut oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Rundingcara Tahanan/Banduan. Semua keluarga telah dibawa ke meja masing-masing yang telah siap tersedia sajian pelbagai jenis makanan/kuih-muih disediakan oleh pihak pengurusan. Keluarga penghuni sekali lagi diberi taklimat dan tujuan program secara ringkas dan telah disampaikan oleh TPP Nor Haizan b. Md.Isa.

Tepat jam 9.40 pagi, Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggam, YS.TKPj. Tuan Jamaludin b. Saad, tiba untuk turut bersama-sama menyerikan lagi masjlis tersebut. Beliau telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan majlis tersebut. Beliau seterusnya beramah mesra dengan keluarga yang hadir.

Turut hadir bersama-sama menyerikan Program Jalinan Kasih pada kali ini ialah Penguasa Penjara Che Kob b. Mohd. Noor , TPP Nor Haizan b. Md Isa, TPP Radzun b. Othman, KIP Hasmani bt. Wan Jusoh, IP Azmi b. Mahmud, IP Zamri b. Zainal Abidin, IP Mohd Shukri b. Mokhtar dan kakitangan Rundingcara Tahanan/Banduan,Perjumpaan dan Rekod Tahanan.

Program Jalinan Kasih berakhir dengan penyerahan sehelai selendang dari penghuni kepada isteri/ibu/ahli keluarga yang hadir. Di mana dapat disaksikan antara penghuni dan keluarga yang tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata dan ada yang menerima pelukan sayang dari keluarga. Majlis berakhir pada jam 11.45 tengahari di mana keluarga telah dibawa dari tempat program keluar dari penjara dengan menaiki bas khas yang disediakan.


Y.S Pengarah Penjara TKPj Tuan Jamaludin Bin Saad
sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
dan seterusnya merasmikan program tersebut.

YS. TKPj. Tuan Jamaludin b. Saad sedang beramah mesra dengan
salah seorang ahli keluarga yang hadir ke majlis tersebut

Tahanan terlibat sedang melepaskan rindu kepada isteri dan
anak sambil diperhatikan oleh ahli keluarga lain.
""