Pada 6 November 2008 bertempat di Padang Kawat Penjara Sungai Buloh telah berlangsung Majlis Tamat Latihan Peserta Kursus Asas Inspektor Penjara dan Wajara Zon Tengah Siri 1/2008. Kursus yang bermula pada 6 Oktober 2008 melibatkan seramai 94 orang pelatih dari Institusi Penjara Machang, Penjara Pengkelan Cepa, Penjara Penor, Penjara Marang dan Penjara Johor Bahru.

| Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara YS Tuan Narander Singh dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan wakil institusi penjara yang terlibat. Turut memeriahkan majlis tamat latihan ini adalah kehadiran ibu-bapa dan keluarga peserta-peserta yangtersebut. Dalam majlis tersebut tiga orang peserta kursus telah terpilih untuk memenangi anugerah khas iaitu : Pelatih Terbaik Akademik Insp Yusri b.Tukeman Johor Bharu | Pemeriksaan Perbarisan Oleh TKPj Tuan Narander Singh |
| Pelatih Terbaik Kawad Wajara Muhamad Nizam b.Ahmad Sungai Buloh Pelatih Terbaik Latihan Luar Wajara Aminuddin b. Zainal Abidin Penor Pelatih Terbaik Keseluruhan Insp. Siti Wahidah binti Wahid Johor Bahru | ![]() Pelatih Terbaik bersama keluarga |