Kejohanan ini dianjurkan oleh Maktab Penjara Malaysia yang mana telah dilantik oleh Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia sebagai tuan rumah untuk kejohanan golf pada tahun ini. Kejohanan ini telah disertai oleh seramai 124 peserta yang terdiri daripada pegawai penjara pelbagai pangkat dan kakitangan awam dari 35 institusi penjara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kejohanan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Y. Bhg Dato’ Hj. Zulkifli bin Omar dan Pengarah Parol Jabatan Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Penjara Y.Bhg Dato’ Hj. Hassan bin Sakimon serta beberapa pegawai dari Jabatan Penjara Singapura yang mana turut menyertai kejohanan ini. Majlis penyampaian hadiah dan penutupan kejohanan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Y. Bhg Dato’ Hj. Zulkifli bin Omar dan berakhir pada pukul 4.30 petang dimana seramai 75 peserta berjaya membawa pulang hadiah dan hamper masing-masing. Y. Bhg Dato’ di dalam ucapannya berharap agar semangat kesukanan seperti ini terus dipupuk didalam jabatan penjara Malaysia disamping dapat merapatkan perhubungan antara kakitangan di dalam jabatan.
Ringkasan keputusan kejohanan adalah seperti berikut :
ACARA INDIVIDU GROSS
1. TEMPAT PERTAMA: KPL. VIJAYAN A/L KRISHNAN KUTTY
PPA BT GAJAH, PERAK
2. TEMPAT KEDUA : EN. ZULKIFLI B. JARAEE
IPP SARAWAK
3. TEMPAT KETIGA : KIP AHMAD B. HJ WAHAB
PENJARA SG PETANI, KEDAH
4. TEMPAT KEEMPAT: SJN MOHD NOR B. AHMAD
PENJARA SG PETANI, KEDAH
5. TEMPAT KELIMA : KIP AHMAD JALAL B. HJ MD IDRIS
MAKTAB PENJARA MALAYSIA, SELANGOR.
ACARA BERPASUKAN
1. TEMPAT PERTAMA : PASUKAN SABAH
2. TEMPAT KEDUA : PASUKAN PERAK B
3. TEMPAT KETIGA : PASUKAN SARAWAK
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Y.bhg Dato’ Hj Zulkifli bin Omar bergambar bersama peserta-peserta kejohanan sebelum memulakan perlawanan. |
|
|
""