| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Motivasi Dari Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri

Pada 8 November 2008 jam 9.00 Pagi ,bertempat di Dewan Tan Sri Murad Ahmad Penjara Pengkalan Chepa, sempena lawatan Y.Bhg. Puan Sri Siti Julianah bt Johan Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah berlangsung suatu majlis ilmu iaitu Ceramah Motivasi oleh Y.Bhg Puan Sri kepada Persiap Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dengan tajuk " Peranan Isteri Dalam Menstabilkan Keharmonian Keluarga "

Majlis ceramah motivasi ini dihadiri bersama oleh Y.Bhg. Datin Salasiah bt Hj. Sidek Yang Dipertua Pengerusi PERSIAP Penjara Malaysia, Puan Nur Atiqah Gan binti Abdullah selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa dan Y.Bhg. Datin Ramlah bin Mahmood Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan .

Seramai 150 orang jemputan terdiri dari ahli PUSPANITA KDN, Ahli PERSIAP Penjara Penjara Pengkalan Chepa dan ahli PERSIAP PPA Machang serta ahli PERKEP Kontinjen Kota Bharu telah hadir mengambil peluang mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Y.Bhg Puan Sri.

Di dalam ceramah tersebut Y.Bhg Puan Sri cuba mengupas dan menekankan bagaimana besarnya peranan seorang isteri menjaga kehormanian rumah tangga. Mendidik anak-anak, menjaga kecantikan luaran dan pribadi serta menjadi seorang isteri yang solehan. Di ahkir majlis diadakan sessi soal jawab antara PERSIAP dengan Y.Bhg. Puan berkaitan dengan ceramah tersebut. Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi.
""