Pada 8 November 2008 jam 9.00 malam , Majlis Perlancaran Batik Koleksi Batik Siti Julianah di Penjara Pengkalan Chepa telah selamat dilancarkan oleh Y.Bhg. Puan Sri Siti Julianah bt Johan Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri bertempat di Dataran Bakti Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Ketibaan Y.Bhg. Puan Sri Siti Julianah bt Johan di sambut oleh Yang Setia Pengarah Penjara Pengkalan Chepa PP Mohamad Rosidek bin Musa dan isteri, Puan Nur Atiqah Gan binti Abdullah selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa .Majlis diserikan lagi dengan kehadiran oleh Y.Bhg. Datin Salasiah bt Hj. Sidek Yang Dipertua Pengerusi PERSIAP Penjara Malaysia dan Y.Bhg. Datin Ramlah bin Mahmood Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan yang hadir bersama rombongan .
Seramai 150 orang jemputan terdiri dari ahli PUSPANITA KDN, Ahli PERSIAP Penjara Penjara Pengkalan Chepa dan ahli PERKEP Kontinjen Kota Bharu telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Batik ini telah diilhamkan sendiri oleh Y.Bhg. Puan Sri dan telah direalisasikan oleh Penghuni Penjara Pengkalan Chepa dengan menggunakan beberapa unsur alam serta personafikasi serta mnempunyai unsur tradi-kontemporeri yang berlatarbelakangkan sarang labah-labah, kemudianya diabstrakkan menjadi titisan air mata. Koleksi batik tersebut akan dipasarkan melalui galeri-galeri produk penjara diseluruh negara. Dalam ucapan perlancaran tersebut Y.Bhg Puan Sri melahirkan rasa bangga kerana batik yang dihasilkan adalah sangat cantik dan berkualiti dan sesuai dipakai oleh setiap golongan.
Aturcara pada malam perlancaran tersebut juga diselitkan dengan acara pertunjukan Fesyen Batik Busana Siti Julianah oleh ahli PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa, Persembahan nyanyian dan juga tarian. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.
""