Pada 8 November 2008 jam 11.00 pagi , Majlis Perasmian Bengkel Produk Makanan Penjara Pengkalan Chepa telah selamat disempurnakan oleh Y.Bhg. Puan Sri Siti Julianah bt Johan Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri sempena lawatan Y.Bhg. Puan Sri bersama 13 orang ahli PUSPANITA ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 7 hingga 9 November 2008.
Ketibaan Y.Bhg. Puan Sri Siti Julianah bt Johan bersama ahli rombongan di sambut oleh Yang Setia Pengarah Penjara Pengkalan Chepa PP Mohamad Rosidek bin Musa dan isteri, Puan Nur Atiqah Gan binti Abdullah selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa bersama pegawai kanan serta 100 orang ahli PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa. Majlis perasmian turut disaksikan oleh Y.Bhg. Datin Salasiah bt Hj. Sidek Yang Dipertua Pengerusi PERSIAP Penjara Malaysia dan Y.Bhg. Datin Ramlah bin Mahmood Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan yang hadir bersama rombongan.
Tujuan bengkel produk ini ditubuhkan pada awal tahun 2008 di institusi ini adalah untuk mendedahkan bidang pekerjaan dan kaedah pemerosesan produk makanan kepada penghuni serta menarik minat mereka membabitkan diri dalam industri kecil apabila dibebaskan nanti. Antara produk makanan yang dihasilkan oleh di bengkel ini ialah sos papacili, sos cili segar, sos cili kering, kek lapis Sarawak dan pembuatan biskut-biskut musim perayaan. Pendapatan bengkel semenjak ianya ditubuhkan sudah mencapai RM50,000, dengan tenaga kerja penghuni hanya 15 orang dalam satu-satu masa.
Y.Bhg. Puan Sri mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Penjara Malaysia yang sentiasa berusaha memulihkan penghuni yang ditahan. Di ahkir lawatan sebelum bersurai Y.Bhg. Puan Sri dan rombongan telah menikmati makan tengahari di Wisma Setia Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
""