| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

World Diabetes Day Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pada 12 November 2008 (Selasa), Penjara Pulau Pinang telah dipilih sebagai penganjur sempena Kempen World Diabetes Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Pada 12 November 2008 (Selasa), Penjara Pulau Pinang telah dipilih sebagai penganjur sempena Kempen World Diabetes Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Ab. Basir Bin Mohamad, Penolong Kanan Komisioner Penjara. Seramai 170 orang kakitangan dan keluarga hadir bagi menjayakan program “World Diabetes Day�?. Disamping itu juga, kakitangan serta keluarga berpeluang menjalani ujian saringan diabetes.

Ceramah diabetes disampaikan oleh Dr. Khaw Chung Jui dan Dr. Shanty Vela (pakar Perubatan) Hospital Besar Pulau Pinang. Kakitangan Penjara Pulau Pinang juga diberi pendedahan bagi menambah pengetahuan tentang Ubat-ubatan Diabetis, Pemakanan, Senaman dan Penjagaan Kaki.

Diabetes
Diabetes Mellitus adalah merupakan satu penyakit yang kronik yang tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal. Dekad yang akhir ini melihatkan bilangan kes-kes diabetes telah bertambah di seluruh dunia dan pakar-pakar diabetes telah bersependapat mengatakan bahawa penambahan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat. Ini termasuk kurang senaman memakan makanan yang banyak lemak dan tinggi kalori. Akibat perubahan gaya hidup yang tidak sihat ini menyebabkan bertambahnya berat badan dan seterusnya mendedahkan individu kepada diabetes.

Diabetes telah menjadi masalah kesihatan yang utama di dunia dan Malaysia. Hampir 10% atau satu dalam 10 orang penduduk dewasa Malaysia menghidap diabetes. Diabetes Malaysia diwujudkan bertujuan untuk menyokong usaha-usaha pelbagai pihak di Malaysia dalam menangani penyakit diabetes.

1

Objektif DIABETES MALAYSIA ialah untuk memberi maklumat menyeluruh mengenai penyakit diabetes kepada masyarakat umum, pesakit diabetes, keluarga mereka dan profesional kesihatan terutama di Malaysia.

  • Untuk menambah pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai diabetes, komplikasi rawatan dan kawalannya.
  • Mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang kepentingan makanan yang baik untuk kehidupan yang sihat.
  • Menggalak orang ramai menjadikan pemakanan yang sihat sebagai sebahagian daripada cara hidup.
  • Menekankan tentang kepentingan mengekalkan berat badan yang unggul sebagai satu cara hidup sihat.
  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang pentingnya senaman bagi menikmati kehidupan yang sihat.
  • Untuk menggalak orang ramai melakukan senaman dengan betul
Kakitangan beratur menunggu giliran bagi menjalani ujian saringan diabetes.
2
Tuan Ab. Basir Bin Mohamad, Penolong Kanan Komisioner Penjara menyampaikan ucapan dan merasmikan Program World Diabetes Day
""