Pada 8 dan 9 November 2008 bertempat di Kompleks Sukan Serting Hilir 7, Jempol, Negeri Sembilan, satu Pertandingan Petanque Tertutup anjuran Majlis Sukan Negeri Sembilan telah berlangsung. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Triple Remaja Lelaki, Triple Remaja Perempuan, Triple Dewasa Lelaki dan Triple Dewasa Wanita.
Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu telah menghantar penyertaan sebanyak 3 kumpulan Triple Dewasa Lelaki dan 1 Kumpulan Triple Dewasa Wanita. Pertandingan ini telah disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan pelajar sekolah di sekitar Negeri Sembilan.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 9 November 2008 dengan keputusan kumpulan dari institusi ini telah mendapat tempat Pertama, Ketiga dan Ke-Empat bagi acara Triple Dewasa Lelaki dan tempat Kelima bagi Triple Dewasa Wanita. Tahniah diucapkan.
""