24 November 2008 - Y.B Dato' Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri telah membuat lawatan rasmi ke Akademi Koreksional Malaysia (AKM).
24 November 2008 - Y.B Dato' Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri telah membuat lawatan rasmi ke Akademi Koreksional Malaysia (AKM).
| ||
Y.B Dato’ Sri menandatangani Buku Lawatan | Taklimat AKM oleh PP Nik Robidin bin Ab. Rahman |
Lawatan bermula jam 3.30 petang di mana Y.B Menteri telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan suku dari kakitangan PLPP, Taiping, Perak.
Acara diteruskan dengan taklimat mengenai AKM yang disampaikan oleh PP Nik Robidin bin Ab. Rahman, lawatan kawasan AKM, perutusan dan amanat menteri, sesi bergambar dan seterusnya jamuan ringan. Antara amanat Menteri kepada kakitangan Penjara adalah supaya sentiasa mengekal serta mempertingkatkan tahap profesionalisme dan disiplin agar Jabatan Penjara dapat menyumbang memajukan masyarakat dan negara.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abd. Aziz bin Mohd. Yusof, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Mustafa bin Osman, Ketua-ketua Bahagian IPPM juga Ketua-Ketua Jabatan Daerah Langkawi.
""