Pada 21 dan 22 November 2008, Penjara Pulau Pinang telah mengadakan Program Hari Keluarga Kakitangan / Pemantapan Disiplin dan Semangat Kerja Berpasukan Di Kalangan Anggota Penjara Tahun 2008, merupakan acara tahunan yang dianjurkan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Penjara Pulau Pinang.
Pada 21 dan 22 November 2008, Penjara Pulau Pinang telah mengadakan Program Hari Keluarga Kakitangan / Pemantapan Disiplin dan Semangat Kerja Berpasukan Di Kalangan Anggota Penjara Tahun 2008, merupakan acara tahunan yang dianjurkan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Penjara Pulau Pinang.
Dengan adanya hari Keluarga / Pemantapan Disiplin dan Semangat Kerja Berpasukan Di Kalangan Anggota Penjara Tahun 2008, aktiviti riadah dapat dijalankan serta ikatan silaturrahim juga terjalin dengan pertemuan kakitangan penjara bersama keluarga rakan sejawat. Jesteru hubungan lebih mesra dapat diwujudkan bukan sahaja semasa bertugas malah di luar masa bekerja. Objektif Hari Keluarga / Pemantapan Disiplin dan Semangat Kerja Berpasukan Di Kalangan Anggota Penjara:-
- Mewujudkan suasana persaingan yang sihat antara kakitangan
- Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota
- Mewujudkan hubungan baik antara ahli keluarga kakitangan penjara
- Mempelbagaikan aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Penjara Pulau Pinang
Program dimulakan dengan gotong royong dikalangan AJK dan anggota bagi mendirikan khemah serta tempat mengikut platun. Lebih kurang jam 10.00 malam telah diadakan pertandingan memancing dan karaoke.
22 November 2008, seawal jam 7.30 pagi kenderaan bertolak dari Penjara Pulau Pinang ke Pusat Kegiatan Air, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Setiap kakitangan yang hadir akan diberi cenderamata berupa sehelai t-shirt semasa pendaftaran. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Ab. Basir Bin Mohamad, Penolong Kanan Komisioner Penjara.
Pelbagai acara sukanika telah diadakan antaranya isi air dalam botol, mewarna, tiup belon, lari dalam guni, boling buah kelapa dan lain-lain acara bagi anak-anak dan kakitangan Penjara Pulau Pinang. Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada kakitangan disampaikan oleh Tuan Ab. Basir Bin Mohamad, Penolong Kanan Komisioner Penjara.
""