| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen KMK Peringkat Kementerian Dalam Negeri


PUTRAJAYA, 22-23 Nov. - Jabatan Penjara Malaysia telah menyertai Konvensyen KMK Peringkat Kementerian Dalam Negeri yang telah diadakan pada 22 – 23 November 2008 bertempat di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Kumpulan Suluh 3 dari Penjara Kajang mempersembahkan tajuk projek 'Kelewatan Memproses Pembelian Barangan Semasa Lawatan Keluarga' manakala Kumpulan CITRA dari Penjara Simpang Rengam mempersembahkan tajuk projek 'Kelewatan Penyerahan Borang (1) Untuk Proses Representasi Kepada Lembaga Penasihat'.

Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam konvensyen pada kali ini yang mewakili jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Antara Jabatan yang mengambil bahagian adalah Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian PQ KDN, RELA dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Keputusan konvensyen akan diumumkan pada Hari Kualiti dan Integriti KDN yang akan diadakan pada 26 November 2008.

Pasukan KMK Suluh 3 Dari Penjara Kajang Membuat Persembahan

Barisan Panel Juri Sedang Tekun Membuat Penilaian

Para Peserta Konvensyen KMK Peringkat Kementerian Dalam Negeri

 

""