PUTRAJAYA 27 Nov. - Jabatan Penjara Malaysia telah menyertai Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada tahun ini dan telah disenarai antara sepuluh jabatan terbaik dalam aspek pengurusan secara keseluruhan.

Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah sudi hadir untuk menyempurnakan majlis. Hadir bersama Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan serta wakil-wakil jabatan yang mengambil bahagian.
Y.A.B Perdana Menteri juga sempat meluangkan masa mengunjungi pameran Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan sempena majlis tersebut. Penyertaan dalam Anugerah Kualiti Perdana Menteri ini berjaya memberi impak yang positif kepada kakitangan serta dapat meninggikan imej jabatan. Tingkatkan usaha ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Y.A.B Perdana Menteri Menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman |
|
|