KUANTAN 9 Mei - Majlis Perujian Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Tahun 2008 telah diadakan di Penjara Penor. Bagi kategori Perujian Tilawah Al-Quran seramai 10 Qari dan 5 Qariah telah memperdengarkan bacaan.
Qari En. Rafizi Shah bin Abdullah dari Penjara Kajang telah muncul sebagai Johan, manakala Pn. Faridah Binti Ag. Tangah dari Ibu Pejabat Penjara Sabah telah menjuarai bagi kategori Qariah. Johan kedua-dua kategori membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai serta sijil penyertaan.
Pertandingan Nasyid telah dijalankan pada sebelah petang dengan penyertaan seramai 10 pasukan setelah dibuat saringan pada peringkat awal. Kumpulan NAWA RASTU dari Penjara Seremban muncul sebagai juara untuk dua tahun berturut-turut manakala Naib Johan dirangkul oleh Kumpulan As-Saadah dari Penjara Kajang. Johan dan Naib Johan membawa pulang piala iringan, wang tunai serta sijil penyertaan. YB. Tuan Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan isteri telah sudi hadir pada sebelah malamnya untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Perujian Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Tahun 2008 kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato� Haji Zulkifli bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) dan Datin, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Pengarah Penjara Penor serta Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Zon Timur. Adalah diharapkan dengan pertandingan ini akan meningkatkan lagi kompetensi pegawai penjara yang terlibat dalam memberi pendidikan keagamaan kepada penghuni penjara. | ||
Johan Kategori Qari | ||
Johan Kategori Qariah | ||
Johan Nasyid Kumpulan Nawa Rastu Penjara Seremban | ||
Barisan Panel Juri | ||
YB. Tuan Haji Shafik Fauzan bin Sharif sedang menyampaikan hadiah kepada peserta | ||
Majlis Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi Majlis Penutupan Nasyid |