| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Ibu Penjara Wanita Kajang

�Ibu Penyayang Anak Cemerlang� merupakan tema Program Hari Ibu 2008 yang telah dilangsungkan pada 17 Mei 2008 (Sabtu). Programyang dianjurkan oleh Penjara Wanita Kajang ini telah dirasmikan Penaung PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri iaitu Y.Bhg Datin Seri Sharifah Aziah bt Syed Zainal Abidin.Program perjumpaan bersemuka ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan program Hari Ibu yang telah diadakan semenjak tahun 2005. Objektif utama Program Hari Ibu yang diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada penghuni kepentingan institusi keluarga dalam mencapai kehidupan yang bahagia dan cemerlang selain memberi keyakinan kepada mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat dengan adanya keluarga sebagai �support system�. Seramai 19 penghuni Penjara Wanita Kajang dan 10 penghuni Juvana Penjara Kajang telah terpilih untuk menyertai program perjumpaan bersemuka ini yang bertempat di Kompleks Sukan Penjara Kajang. Program ini juga telah diserikan dengan pertunjukkan fesyen batik yang dihasilkan dan digayakan sendiri oleh penghuni-penghuni. Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan ialah Y.Bhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan isteri, Y.Bhg Puan Seri Julianah bt Johan,Y.Bhg Datuk Mustafa b. Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri, Datin Salasiah Hj Sidek, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Y.Bhg Datuk Zulkifli b. Omar dan Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Pada kesempatan itu juga Y.Bhg Datin Seri Sharifah Aziah turut merasmikan majlis Pelancaran Industri Kraftangan dan Pemakanan PEWANISS di Galeri Penjara Kajang.

 
Y.Bhg Datin Seri Sharifah Aziah bt Syed Zainal Abidin merasmikan pelancaran Hari Ibu Penjara Wanita Kajang 2008   Y.Bhg Datin Seri bersama keluarga penghuni
 
 
Y.Bhg Datin Seri melayan keletah bayi penghuni   Y.Bhg Datin Seri turut merasmikan majlis Pelancaran Industri Kraftangan dan Pemakanan PEWANISS di Galeri Penjara Kajang
""