| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Buku Teks Sekolah Integriti Penjara Kajang

Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menyempurnakan majlis penyerahan buku teks Sekolah Integriti Penjara Kajang pada 21 Mei 2008 dengan penuh gemilang.Majlis ini merupakan detik permulaan sejarah bagi Jabatan Penjara dalam memperkemaskan sistem pembelajaran di Sekolah Integriti yang mana Sekolah Integriti Penjara Kajang menjadi perintis kepada penubuhan sekolah tersebut yang telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Y.B. Dato� Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar pada 10 April 2008 semasa mengadakan lawatan rasmi ke Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.

Pengisian perjawatan bagi guru-guru Gred DG48, DG44 dan DG41 telah diluluskan berkuatkuasa 16 Mac 2008. Sebanyak 102 guru akan di tempatkan di sekolah-sekolah iaitu Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang DG48(1), DG44 (2), Zon Tengah DG41(11), Zon Selatan DG41(11), Zon Timur DG41(11), Zon Utara DG41(11), Zon Sabah DG41 (11), Zon Sarawak DG41(11) SHG Telok Mas, Melaka DG41(22) dan SHG Keningau, Sabah DG41(11).

Dengan adanya guru-guru terlatih dan berkemahiran bukan sahaja dapat memperkemaskan sistem pembelajaran di institusi-institusi terbabit tetapi yang penting program Modul Pembangunan Insan Jabatan Penjara dapat diperkemaskan untuk mencapai tujuan yang diingini iaitu menjadi sebuah institusi 'koreksional' bertaraf dunia.

Semasa sidang media Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran memuji usaha murni dan pendekatan kreatif pihak pengurusan penjara untuk mendidik penghuni sehingga dapat menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Turut hadir dalam majlis tersebut tiga puluh orang pegawai daripada Kementerian Pelajaran melibatkan Jabatan Pendidikan Khas dan Bahagian/Jabatan Kementerian Pelajaran Negeri.

 
 
""