| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Berita Kematian Kakitangan

Bilik Gerakan melaporkan 2 kematian staf pada 24/5 dan 25/5/2008 iaitu yang pertamanya, Sarjan Mejar 362 Jaafar bin Kluang @ Sabda di Hospital Queen Elizabeth pada 24.05.2008 jam 4.15 pagi. Penama disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Yang Bertugas dan sebab kematian adalah penyakit kanser paru-paru. Jenazah penama telah disempurnakan di kampungnya di Kampung Tagasan Semporna Sabah.Yang keduanya, kematian Koperal 8807 Zaini Bin Ismail kerana mengidap penyakit kencing manis semasa dalam perjalanan balik ke rumah setelah keluar dari Hospital Bukit Mertajam. Jenazah telah dikebumikan selepas Asar di kampungnya di alamat Kampung Pelet, Bukit Mertajam.

Ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat.

""