| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) 2008

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2008 telah berlangsung di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi pada 29 � 30 Mei 2008.
Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2008 telah berlangsung di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi pada 29 � 30 Mei 2008.Sebanyak 11 pasukan yang merupakan pemenang-pemenang KMK di Peringkat Zon terlibat dalam konvensyen ini.
Kumpulan Dinamik dari Penjara Wanita Kota Kinabalu yang membentangkan projek bertajuk "Pengurusan Permintaan Penghuni Melalui Buku Permintaan Kurang Sistematik" telah diumumkan sebagai johan. Naib johan disandang oleh Kumpulan Helang Merah dari Penjara Pokok Sena dengan tajuk projek "Kelewatan Proses Pendaftaran Perjumpaan Apabila Sistem Maklumat Pengurusan (SMPP) Gagal Berfungsi". Mewakili Penjara Taiping iaitu Kumpulan Intim di tempat ketiga dengan tajuk projek "Kaedah Pertanian Di Penjara Taiping Tidak Sesuai"
 

Tetamu-Tetamu Kehormat: Y. Bhg. Datuk Ab. Khalil bin Ab. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), KPJ Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian dan Institusi Penjara.
 

Penuh Konsentrasi: Di antara pegawai-pegawai penjara yang hadir dalam konvensyen yang telah diadakan.
 
TAJUK-TAJUK PROJEK KMK 2008
JABATAN PENJARA MALAYSIA
 

Bil.

Kumpulan

Tajuk Projek

1.

Penjara Tapah

(Palm-Pri 3)

Pengurusan Penggunaan Kunci Yang Tidak Sistematik Di PenjaraTapah

2.

Penjara Kuching (Gemilang)

Mengadaptasikan Kad Lawatan

3.

Penjara Wanita Kota Kinabalu (Dinamik)

Pengurusan Permintaan Penghuni Melalui Buku Permintaan Kurang Sistematik

4.

Penjara Taiping

(Intim)

Kaedah Pertanian Di Penjara Taiping Tidak Sesuai

5.

Penjara Kajang

(Suluh)

Kelawatan Memprosis Pembelian Barangan Semasa Lawatan Keluarga

6.

Penjara Sandakan

(KMK Gemilang)

Kurang Kemahiran Keselamatan Di Kalangan Pegawai Tugas Am

7.

Penjara Pokok Sena (Helang Merah)

Kelewatan Proses Pendaftaran Perjumpaan Apabila Sistem Maklumat Pengurusan (SMPP) Gagal Berfungsi

8.

Penjara Penor

(Mutiara)

Kelewatan Menyiapkan Tempahan Tenunan Pelanggan

9.

Penjara Seremban (Mangga Emas)

Menambah Perolehan Bengkel Kimpalan

10.

Penjara Miri

(Sun 6)

Makanan Harian Lewat Diagihkan Mengikut Jadual

11.

Penjara Bandar Hilir (Kasturi)

Kelewatan Penghuni Reman Menamatkan Program Pembelajaran Fasa 1

 
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah yang diadakan pada 30 Mei 2008 telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Ab. Khalil bin Ab. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Majlis turut dihadir oleh KPJ Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian dan Institusi Penjara.
 

Johan KMK 2008 : Kumpulan Dinamik dari Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah
 

Naib Johan KMK 2008 : Kumpulan Helang Merah Dari Penjara Pokok Sena, Kedah
 

Tempat Ketiga KMK 2008: Kumpulan Intim Dari Penjara Taiping, Perak
""