| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Dan Tengku Puan Ke Bengkel Tenun Pahang Di Penjara Penor

Pada hari isnin 09 hb Jun 2008 jam 04:00 petang, rombongan daripada Tengku Mahkota bersama Tengku Puan Pahang telah tiba di Penjara Penor untuk membuat lawatan ringkas. Ahli rombongan telah disambut oleh Pengarah Penjara Penor PKP Jamil Razif b. Kassim, TPP Murali a/l Rajoo, TPP Wan Abdul Rahman b. Wan Yaman bersama Pegawai-Pegawai Kanan. Pada hari isnin 09 hb Jun 2008 jam 04:00 petang, rombongan daripada Tengku Mahkota bersama Tengku Puan Pahang telah tiba di Penjara Penor untuk membuat lawatan ringkas. Ahli rombongan telah disambut oleh Pengarah Penjara Penor PKP Jamil Razif b. Kassim, TPP Murali a/l Rajoo, TPP Wan Abdul Rahman b. Wan Yaman bersama Pegawai-Pegawai Kanan.

Turut serta pada lawatan tersebut ialah Pengarah Kraftangan Negeri Pahang serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

Ahli rombongan di bawa ke Galeri Penjara terlebih dahulu bagi melihat hasil kerja tangan banduan di penjara ini. Taklimat telah diberikan oleh PPP Abd Razak bin Ab Rani selaku Pegawai Pejabat Perusahaan. Ahli rombongan menghabiskan masa lebih kurang � jam di Galeri Penjara Penor.

Rombongan seterusnya di bawa masuk kedalam penjara untuk melawat Bengkel Tenun yang mana telah di lawati oleh Tengku Puan sendiri pada 13 Nov 2007 yang lalu. Beliau juga telah merasmikan Bengkel Tenun ini pada tarikh tersebut dan telah di iktiraf sebagai TENUN PAHANG DI RAJA. Tengku Puan juga telah menyarankan agar banduan di Bengkel Tenun menghasilkan mutu kerja yang baik dan sebagai menghargainya beliau akan memberikan sumbangan.

Tengku Puan juga telah dimaklumkan mengenai peralatan tenun yang terkini. Beliau juga kagum dan memberikan pujian kerana pihak penjara boleh menghasilkan sendiri peralatan tenun ini. Kesempatan ini juga digunakan oleh Tengku Puan untuk beramah mesra dengan banduan di Bengkel Tenun.

Hasil daripada lawatan ini, Tengku Puan telah menilai 3 hasil tenunan yang terbaik :


  1. Asri                 C 13-06-01561
  2. Imran              C 13-06-02375
  3. Jamaluddin      C 13-06-00288

Di akhir lawatan, beliau telah memberikan pujian terhadap hasil kerja serta rasa bangga terhadap inisiatif pegawai dan kakitangan serta komitmen banduan yang menghasilkan kain tenun yang berkualiti serta cantik buatannya.

Menyambut ketibaan Tengku Mahkota Pahang bersama Tengku Puan Pahang ke Penjara Penor
 
Tengku Mahkota Pahang bersama Tengku Puan Pahang diiringi masuk ke dalam kawasan penjara.
 
Tengku Mahkota Pahang bersama Tengku Puan Pahang meneliti hasil tenunan di Bengkel Tenun.
 
Tengku Puan Pahang memilih hasil tenunan terbaik untuk dinilai yang dihasilkan di Bengkel Tenun.
 
Tengku Mahkota Pahang bersama Tengku Puan Pahang diiringi keluar setelah selesai
melawat Bengkel Tenun.
""