Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau perkembangan dan pengurusan orang tahanan di PPA Simpang Renggam. Turut bersama dalam lawatan kerja tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y. Bhg. Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y. Bhg. Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. Datuk Mustafa Osman, Timb. Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri di sambut dengan mengambil tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Suku anggota Penjara/PPA Simpang Renggam di Pintu Besar Penjara/PPA Simpang Renggam.
Selepas Pemeriksaan Kawalan Suku, YB Menteri diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan yang hadir dan juga Pegawai-Pegawai Kanan Penjara/PPA Simpang Renggam. Taklimat lawatan kerja diberikan oleh Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggan TKPj Jamaludin Saad di Bilik Mesyuarat PPA Simpang Renggam. Dalam taklimat, Yang Berhormat telah diberi penerangan mengenai tindakan Jabatan Penjara Malaysia berhubung isu-isu yang ditimbulkan semasa lawatan kerja oleh Menteri-Menteri Kabinet pada 6hb. Februari 2007.
Lawatan tamat pada jam 12.45 tengahari dan YB Menteri dan rombongan disajikan dengan makan tengahari di Rumah Kelab Penjara/PPA Simpang Renggam. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggam kepada YB Menteri dan juga Datin Seri.
YB Menteri Menerima Laporan dari Ketua Kawalan Suku | Taklimat Lawatan Kerja oleh TKPj Jamaludin Saad |
YB Menteri bertanyakan tentang Pembelajaran kepada tahanan di Bengkel CIDB |
Lawatan di Bengkel Kraftangan |
Lawatan di Bengkel Kraftangan | YB Menteri menandatangani Buku Lawatan Rasmi |
Penyampaian Cenderahati daripada Pengarah Penjara/PPA Spg. Renggam kepada YB Menteri |
Penyampaian Cenderahati daripada Pengarah Penjara/PPA Spg.Renggam kepada Datin Seri |