Unit Pemulihan Penjara Simpang Rengam, Johor telah menganjurkan Majlis Perujian Tilawah Al-Quran, Nasyid dan Marhaban pada 8 Julai 2008.
Unit Pemulihan Penjara Simpang Rengam, Johor telah menganjurkan Majlis Perujian Tilawah Al-Quran, Nasyid dan Marhaban pada 8 Julai 2008.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara TKPJ Jamaludin b. Saad. Objektif majlis ini adalah mempertingkatkan mutu bacaan dan penghayatan Islam di kalangan penghuni di samping itu memilih wakil institusi ke Majlis Perujian Tilawah Al-Quran, Nasyid dan Marhaban peringkat Jabatan Penjara Malaysia yang dijangka pada bulan Ogos 2008.
Perujian Tilawah Al-Quran telah disertai oleh 5 tahanan; JST 780/05 Sulaiman b. Yusof telah diumumkan sebagai wakil institusi dengan markah sebanyak 78%. Sementara 3 kumpulan telah bertanding bagi kategori Nasyid dan kumpulan Al-Hidayah yang terdiri 5 tahanan ADB (LLPK) telah memenangi kategori tersebut. Bagi kategori Marhaban hanya 1 kumpulan sahaja yang menyertainya iaitu tahanan dari Kawasan 2.
Majlis Perujian ini telah diadili oleh pengadil yang telah dijemput khas dari Sekolah Menengah Agama Kluang Ustaz Mohd Nizam b. Hj Salleh, dan Ustaz Kairuddin b. Abd Ghani. Sementara seorang kakitangan dari institusi ini iaitu Ustaz Zulkifli bin Salleh juga dilantik menjadi pengadil.
Di akhir majlis Timbalan Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor PKP Nik Mohamad Faidza b. Nik Jaafar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pengarah Penjara TKPJ Jamaludin b. Saad menyampaikan ucapan perasmian | Salah seorang peserta sedang memperdengarkan bacaan Al-Quran |
Kumpulan Nasyid Al-Hidayah menyampaikan persembahan |
PKP Nik Mohamad Faidza b. Nik Jaafar menyampaikan hadiah kepada Pemenang Perujian Tilawah Al-Quran |