Pada 5 Julai 2008, YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar telah mengadakan lawatan rasmi ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping bagi meninjau pengurusan Orang Tahanan.
Pada 5 Julai 2008, YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar telah mengadakan lawatan rasmi ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping bagi meninjau pengurusan Orang Tahanan.
Sepanjang lawatan, YB Menteri telah diiringi oleh Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Y. Bhg. Dato' Ahmad Shafii Bin Saidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai-Pegawai Kanan JPM.
Pada masa yang sama, program ramah mesra PERSIAP Taiping dengan Y. Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin telah diadakan di Kelab Golf KEMTA. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 30 orang ahli PERSIAP Taiping, PLPP dan KEMTA.
Ketibaan YB Dato' Seri ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping | YB. Dato' Seri menerima tabik hormat dari Kawalan Suku |
Lawatan ke dalam kawasan tahanan | YB Dato' Seri bertemu dengan orang tahanan yang bertugas menyediakan hidangan di kawasan dapur |
YB Dato' Seri meninjau makanan yang disediakan mengikut skil diet yang ditetapkan |
Sesi pertemuan dengan orang tahanan yang mengutarakan permasalahan yang dihadapi |
Sidang media bersama para wakil-wakil media yang turut sama berpeluang melawat ke dalam kawasan penempatan orang tahanan | YB Dato' Seri menandatangani Buku Lawatan Rasmi |