Ekspo yang berlangsung selama sembilan hari ini akan mempamerkan pelbagai hasil produk yang dihasilkan oleh penghuni daripada semua institusi Penjara berdekatan (zon selatan) dan dijual kepada pengunjung yang hadir ke ekspo tersebut.
Pelbagai acara menarik disediakan oleh pihak penganjur antaranya pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan, persembahan kebudayaan, pertandingan memancing, pertandingan tarian kreatif kanak-kanak, pertandingan karaoke dan pertandingan motor dan basikal antik.
Antara objektif ekspo ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara Jabatan Penjara, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta, memperkenalkan produk yang dikeluarkan oleh penghuni penjara, melahirkan penghuni penjara yang kreatif menghasilkan kerja kraftangan, menjadikan Institusi Penjara sebagai sebuah badan kerajaan yang bukan sahaja tempat tahanan dan pemulihan tetapi kearah vokasional dan industri, mendedahkan kepada orang ramai tentang program-program yang dijalankan dan memberi kesedaran kepada masyarakat luar bahawa penghuni penjara adalah penyumbang kepada hasil kerajaan.
Setiap lapisan masyarakat dijemput untuk memeriahkan ekspo tersebut sebagai tanda sokongan terutama kearah membantu penghuni membentuk keyakinan diri sebelum berhadapan dengan masyarakat bila bebas kelak.
|