| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jati Diri Dan Pengukuhan Minda

Pada 12 Julai 2008 Kelab Sukan dan Rekreasi Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas Melaka telah menganjurkan Program Jati Diri dan Pengukuhan Minda serta Program Kebajikan XPDC bermotosikal selama 3 hari. Pada 12 Julai 2008 Kelab Sukan dan Rekreasi Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas Melaka telah menganjurkan Program Jati Diri dan Pengukuhan Minda serta Program Kebajikan XPDC bermotosikal selama 3 hari.

Program ini di anjurkan bersama Japerun DUN Telok Mas dan Sahabat Belia serta Jabatan Hal Ehwal Ketua Menteri (JASA) Negeri Melaka.

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YB Datuk Latiff bin Tamby Chik dengan penyertaan seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan SHG, Penjara Bandar Hilir, Penjara Seremban, Briged Belia 4B Telok Mas dan Sahabat Belia Negeri Melaka. Sepanjang perjalanan konvoi XPDC ini telah diringi oleh 3 anggota Polis Trafik dan JPA 3. Destinasi yang pertama ialah di Penjara Penor, di mana kumpulan konvoi XPDC telah tiba jam 2.00 petang. Kumpulan XPDC telah di sambut oleh Pengarah Penjara Penor PKP Jamil Razif bin Kasim.

Selepas menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke kampung Tanjung Lumpur di mana Tuan Jamil Razif bin Kassim serta 15 kakitangan Penjara Penor turut serta dalam konvoi ini. Kami telah mengadakan acara penyampaian bantuan kepada salah seorang penduduk miskin di kampung Tanjung Lumpur, Kuantan. Setelah penyampaian bantuan tersebut, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Lebih kurang jam 5.00 petang kami sampai di Rubby Resort Cherating dan bersama-sama mendirikan khemah untuk penginapan.

Pada 13 Julai 2008 kami meneruskan program seterusnya dengan melakukan kerja amal kebajikan iaitu membuat lawatan ke PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) Komplek Penyayang di Kampung Mak Chili Kemaman Terengganu. Setibanya di sana, kami di sambut oleh Pengerusi PDK Komplek Penyayang iaitu En. Ibrahim bin Ahmad serta kakitangan dan juga Ahli Jawatankuasa yang dilantik. PDK Komplek Penyayang ini yang di rasmikan pada 2003 menempatkan penghuni istimewa seramai 36 orang termasuk 8 orang daripadanya mendapat rawatan pemulihan physiotheraphy di situ. Objektif penubuhan adalah untuk menjaga mereka yang terdiri dari golongan kurang upaya akal, kurang upaya anggota serta kurang upaya penglihatan dan pendengaran tanpa mengira had umur.

Acara dimulakan dengan tarian selamat datang oleh penghuni istimewa serta taklimat yang disampaikan oleh Puan Tahani bte Ali. Seterusnya sebagai simbolik upacara menanam 2 batang pokok mangga, pokok mata kucing dan pokok manggis oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney merangkap Pengerusi Program PP Samihan bin Haji Misdi dan Pengarah Penjara Penor PKP Jamil Razif bin Kasim yang turut menyertai program ini.

Selain dari itu acara sukaneka antara penghuni istimewa serta para peserta XPDC, di samping persembahan tarian bollywood oleh salah seorang peserta. Persembahan acara di akhiri dengan nyanyian lagu �Bukan Ku Pinta� begitu menyayat hati serta penyampaian sumbangan dari pihak jawatankuasa program.

Pada sebelah malam pula pelbagai acara disediakan untuk penyertaan peserta XPDC iaitu pertandingan karaoke dan Limbo Rock. Ianya telah berjaya menarik ramai penyertaan dari kalangan belia terutama Limbo Rock yang begitu sengit di mana salah seorang peserta dari Briged Belia 4B Telok Mas telah menjadi juara.

Pada 14 Julai, para peserta mula berkemas untuk meneruskan perjalanan balik dan telah selamat sampai pada jam 6.00 petang.
1
YB Datuk Latif Tamby Chik melekatkan bendera negeri Melaka di kenderaan Pengerusi Program
2
Peserta XPDC
3
Ketibaan disambut oleh penghuni terdiri dari kanak-kanak istimewa
4
Sukaneka bersama kanak-kanak istimewa
5
Pengerusi Program menanam pokok sebagai simbolik kehadiran lawatan ke PDK Kompleks Penyayang
""