| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Pelancaran Pelepasan Secara Perintah Parol Dan Perasmian Sekolah Integriti di Penjara Kluang

Majlis Pelancaran Pelepasan Secara Perintah Parol Dan Perasmian Sekolah Integriti telah dirasmikan oleh YB Dato� Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri pada 26 Julai 2008 bertempat di Padang Kawad, Penjara Kluang, Johor. Majlis Pelancaran Pelepasan Secara Perintah Parol Dan Perasmian Sekolah Integriti telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri pada 26 Julai 2008 bertempat di Padang Kawad, Penjara Kluang, Johor.

Turut hadir bersama-sama adalah isteri beliau Y. Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah Binti Syed Zainal Abidin, Y. Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Mustafa Bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. Dato' Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Komisioner Penjara Dato' Hj. Zulkifli Bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi), Komisioner Penjara Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Seluruh Malaysia dan dif-dif kehormat.

Sebagai simbolik bagi Majlis Pelancaran Pelepasan Secara Perintah Parol, YB Dato' Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar telah menyerahkan Perintah Parol kepada lima orang banduan yang akan dilepaskan melalui perlaksanaan Sistem Parol. Beliau kemudiannya telah menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada 8 penghuni SHG Telok Mas dan Sijil Kemahiran CIDB kepada 34 banduan. Selain itu, beliau juga telah menyampaikan Sijil Pentauliahan Ketua Akademik, Penolong Ketua Sektor Akademik, Penyelia dan Penolong Penyelia Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

YB Dato' Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar bersama rombongan kemudiannya telah mengadakan lawatan ke Sekolah Integriti Kluang di Penjara Kluang. Pada majlis yang sama juga, Y. Bhg Datin Seri Sharifah Aziah Binti Syed Zainal Abidin telah diberi penghargaan untuk merasmikan Pelancaran Industri Pemakanan dan Kraftangan Sektor Banduanita Penjara Kluang di Penjara Wanita. Rombongan kenamanan juga telah melawat sekitar bengkel penjara wanita sambil dijamu dengan jamuan ringan.



YB Menteri sedang menyampaikan ucapan
 

YB Menteri menyerahkan Perintah Parol kepada penghuni yang akan dilepaskan dengan perintah parol
 

Pelajar sekolah integriti yang cemerlang
 

Y. Bhg. KJP Dato' Mustafa menerima sumbangan buku rujukan.
 

Lawatan ke Bengkel Jahit
 

YB Menteri sedang menulis di Buku Rasmi Lawatan
""