Kursus Professionalisme Kakitangan Latihan ini telah dihadiri oleh semua kakitangan MPM (kecuali yang sedang bertugas) adalah merupakan kursus tahunan yang dianjurkan oleh Maktab Penjara Malaysia khusus untuk kakitangan MPM bagi mempertingkatkan kemahiran latihan kakitangan.
Sepanjang kursus ini peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai ilmu latihan, kemahiran dan soft-skills oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman termasuk konsultan yang pernah menjadi penceramah di INTAN.
| |
Kursus Profesionalisme Pegawai Latihan | Sambutan Hari Keluarga MPM |
Kemuncak kursus ini adalah pada hari terakhir kursus dimana sambutan Hari Keluarga untuk tahun 2008 telah diadakan. Kehadiran ahli keluarga kakitangan MPM yang melebihi 200 orang pada hari tersebut telah memeriahkan lagi sambutan hari keluarga ini dan menepati tema sambutan hari keluarga MPM '08 'Keluarga Riang MPM Terbilang'.
Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Yang Setia, Penolong Komisioner Penjara Osman bin Ahmad di dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Penutupan Kursus Professionalisme Kakitangan Latihan dan Sambutan Hari Keluarga Maktab Penjara Malaysia '08, berharap agar kursus ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi kemahiran latihan kakitangan disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK pengelola yang telah menjayakan program-program ini. TAHNIAH MAKTAB PENJARA MALAYSIA. ""