Pada hari Rabu bersamaan 10 Disember 2008 bertempat di Masjid Al - Muhaimin, Penjara Kluang telah diadakan majlis berkhatan beramai - ramai.Pada hari Rabu bersamaan 10 Disember 2008 bertempat di Masjid Al - Muhaimin, Penjara Kluang telah diadakan majlis berkhatan beramai - ramai.
Majlis ini telah di serikan lagi dengan kehadiran PKP Mohd Muslih bin Mahmud Timbalan Pengarah Penjara Kluang, mewakili PKK Roslan Bin Hj. Mohamed iaitu pengarah Penjara Kluang, turut bersama pada majlis tersebut ialah Pengerusi KRT Seri Tambak dan Pengerusi KRT Kampong Gajah.
Majlis berkhatan ini melibatkan anak - anak kakitangan Penjara Kluang dan penduduk kampong yang berdekatan. Seramai 16 orang beserta yang terlibat dalam majlis berkenaan. Majlis ini di mulakan dengan ucapan Pengerusi majlis dan bacaan doa oleh IP Shukor. Majlis teruskan lagi dengan jamuan ringan dan seterusnya diadakan majlis berkhatan secara bergilir - gilir oleh MA yang dijemput. Di kelolakan oleh kelab sukan dan kebajikan Penjara Kluang dan KRT Seri Tambak dan KRT Kampong Gajah.
""