Pada 16 & 17.12.2008 bertempat di Pusat Latihan Pegawai Penjara Johor (PLPP JOHOR), telah diadakan Kursus Kesedaran Kesihatan & Tanggungjawab Perlaksanaan Tugas. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 49 orang Wajara KX 17 dan Kopral KX 20.
Objektif utama kursus ini untuk memberi kesedaran kepada kakitangan Penjara akan pentingnya menjaga kesihatan disamping memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat semasa menjalankan tugas. Antara pengisian kursus ialah Ceramah Budaya Kerja Cemerlang yang disampaikan oleh Tn. Hj. Abd Aziz Bin Ismail daripada Sekolah Dato� Abd Rahman Andak, Simpang Renggam, Johor. Disamping itu, ceramah anti merokok turut disampaikan oleh Pegawai Kesihatan serta prosedur tindakan tatatertib oleh PP Raha Bt Jawahir.
Majis penutupan kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh PKK Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Kluang. Dalam ucapannya beliau menyeru kepada semua peserta supaya dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga serta meningkatkan prestasi kerja demi untuk meninggikan imej Jabatan. ""