Konvesyen KMK kategori pengurusan ini disertai oleh 8 kumpulan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di negeri Johor. Tajuk persembahan KMK CITRA ialah Kelewatan Penyerahan Borang (1) untuk Proses Representasi di Lembaga Penasihat.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Haji Abd. Latif b. Yusof Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Kumpulan KMK CITRA akan mewakili Negeri Johor ke Konvensyen KMK Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan di Kucing, Sarawak pada bulan September 2008.
Ahli KMK CITRA Penjara Simpang Rengam, Johor |
Ahli KMK CITRA bergambar bersama Piala Pusingan dan Piala Iringan Johan Kategori Pengurusan Konvesyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Darul Ta'zim kali ke 21. |