| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perkhidmatan Telefon Prabayar Eratkan ikatan kasih sayang selamanya .....

Apa Itu Perkhidmatan Telefon Prabayar

Penggunaan telefon prabayar adalah merupakan satu lagi kemudahan yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam menguruskan perhubungan banduan di mana ianya digunakan bagi menggantikan perjumpaan biasa yang sedia ada yang dipraktikkan selama ini sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 86 Bahagian 10, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Keperluan ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan 112 Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Tujuan/Faedah/Kebaikan Yang Diperolehi


  1. Memudah dan menggalakkan perhubungan yang erat antara banduan dengan keluarga.
  2. Mengurangkan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga untuk tujuan melawat banduan khususnya kos yang melibatkan pengangkutan.
  3. Memupuk kemesraan di antara banduan dengan keluarga yang terputus atau renggang supaya selepas menjalani hukuman, mereka tidak merasakan diri tersisih dari keluarga dan masyarakat.
  4. Penyelesaian masalah dan mengurangkan tekanan semasa menjalani tempoh penahanan.
  5. Sebagai salah satu strategi untuk membenteras dan mengatasi masalah penyeludupan telefon bimbit ke dalam penjara.

Siapa yang layak

Banduan sabitan dan reman sedang menjalani hukuman adalah digalakkan memohon menggunakan perkhidmatan ini. Ianya berperanan sebagai menggantikan lawatan biasa supaya tidak terputus hubungan berita apabila keluarga tidak mengunjungi pada tarikh yang ditetapkan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Khidmat Ini

Semua banduan yang baru masuk akan dimaklumkan kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan. Banduan boleh membeli kad wartel dengan harga RM30.00 dan maksimum RM50.00. Pembeliannya adalah dengan cara membuat permohonan bertulis. Cagaran sebanyak RM10.00 dikenakan dan akan dikembalikan apabila banduan menyerahkan kembali kad prabayar wartel pada hari dibebaskan.

Pembelian kad boleh dibiayai oleh keluarga atau menggunakan sebahagian upah kerja banduan (bagi banduan yang bekerja) dengan kelulusan pengarah atau timbalannya terlebih dahulu.

Caj baru (isian semula) akan dicatatkan dan didaftarkan dalam buku khas yang dikendalikan oleh pegawai di tempat perjumpaan atau pegawai yang dipertanggungjawabkan.

Baki wang dalam kad prabayar yang tidak dapat dihabiskan boleh dituntut semula oleh banduan pada hari dibebaskan.

Syarat dan Peraturan

Kad wartel hanya boleh digunakan oleh banduan yang membelinya sahaja dan tidak boleh digunakan oleh banduan lain.

Banduan yang menukar milik atau sengaja memberikan kad berkenaan kepada banduan lain adalah melanggar Peraturan 122 dan 123 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan banduan tersebut boleh diambil tindakan tatatertib.

Banduan dikehendaki terlebih dahulu membuat permohonan melalui buku permohonan di blok masing-masing. Nyatakan;

  • nama orang yang akan dihubungi
  • nombor telefon
  • hubungan
  • tujuan

Hanya nombor yang didaftarkan sahaja boleh dihubungi oleh banduan.

Dalam keadaan tertentu yang difikirkan sangat perlu dan untuk kebajikan banduan tersebut, Pengarah boleh meluluskan permohonan tambahan panggilan sekiranya diluar jadual lawatan sebenar.

Operasi wartel adalah pada waktu pejabat sahaja.

Pegawai yang dipertanggungjawabkan sahaja yang boleh mendail nombor telefon yang hendak dihubungi oleh banduan.

Jangka masa perbualan tidak lebih dari 45 minit atau sehingga habis nilai kad atau mana-mana yang terdahulu bagi setiap panggilan.

Seboleh-bolehnya banduan hendaklah menggunakan pertuturan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.

Banduan boleh memeriksa resit atau baki kad wartel setelah selesai menamatkan panggilan.

Tanggungjawab Untuk Menwar-warkan Perkhidmatan Kepada Keluarga

Memaklumkan kepada pelawat bahawa penggunaan wartel ini adalah pilihan tambahan kepada kemudahan yang disediakan selain daripada perjumpaan sedia ada.

Pelawat banduan boleh memilih untuk menggunakan kemudahan panggilan prabayar wartel bagi menggantikan perjumpaan biasa atau sebaliknya dengan syarat memenuhi peraturan dan jadual perjumpaan mengikut sistem peringkat progresif.

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Contoh :

PENJARA KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR

Tel : 03 - 87364620
Fax : 03 - 87367449

""