Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) merupakan program dibawah seliaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskan pada 26 Januari 2006. |
Pada 23 Ogos 2008 dengan kepercayaan yang di berikan oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara Negeri Melaka pihak Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah di beri peluang untuk bersama-sama menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti kebudayaan yang telah di adakan seawal jam 7.00 pagi iaitu majlis gotong royong memasak yang dimulakan dengan penyembelihan lembu dan persiapan ramuan-ramuan untuk memasak. Acara diteruskan dengan senam seni dimana ianya berbeza dengan senamrobik kerana acara senam seni ini di iringi dengan lagu-lagu berentak irama malaysia. Selain daripada itu, aktiviti lain yang diadakan pada sebelah pagi ialah gotong royong membersihkan kawasan, bengkel kemahiran seni asas iaitu bengkel kemahiran kompang kelalang, bengkel menganyam bakul rotan, bengkel mencanting batek dan bengkel menganyam ketupat serta pertandingan mewarna untuk kanak - kanak tadika.
Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan permainan tradisional (tating lawi, congkak, batu seremban, dam aji, galah panjang dan sepak raga bulatan). Pertandingan gubahan lipatan pengantin pertandingan masakan tradisional berasaskan ikan patin dan pertandingan memasak kuih tradisional berasaskan ubi kayu. Walaupun hujan turun renyai-renyai sepanjang hari namun kemeriahan program tetap di rasai dan aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Program yang dirasmikan oleh Adun Telok Mas ini berakhir pada jam 6.00 petang.
Ketibaan YB Adun Telok Mas di iringi paluan kompang kelalang | Gotong royong membersihkan kawasan Rumah Persiap | |
Juri memberi penilaian dalam Pertandingan masakan tradisional | Bengkel menganyam bakul rotan | |
Pertandingan tating lawi |