Persembahan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menyaksikan persembahan di sepanjang festival yang akan diadakan di Kuala Lumpur, di samping memberikan pendedahan irama muzik dan lagu tradisional serta tarian kebudayaan negeri berkaitan. Selain dari Sekolah Henry Gurney Melaka, kumpulan ini juga telah mengadakan persembahan di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Kebudayaan dari Negeri Sembilan membuat persembahan alunan muzik Caklempong yang berentak joget dan nyanyian lagu tradisional, manakala kebudayaan Negeri Sabah telah membuat persembahan tarian tradisional iaitu Tarian Kuda Pasu, Tarian Pinakang dan Tarian Anggalang Mangunatip.
Persembahan yang bertenaga kanak-kanak tersebut mendapat tepukan yang gemuruh oleh penghuni-penghuni SHG yang begitu gembira kerana di berikan peluang untuk melihat sendiri kesenian yang telah di persembahkan. Persembahan yang bermula pada jam 10.30 pagi berakhir pada jam 12 tengahari.
Muzik Cak Lem Pong dari Negeri Sembilan | Persembahan Tarian Anggalang Magunatip | |
Tarian Kuda Pasu dari Negeri Sabah | Nyanyian kebudayaan dari Negeri Sembilan | |
Penghuni SHG begitu tekun ketika menyaksikan persembahan |