PERSIAP Keningau telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Karnival Sukan PERSIAP Sabah 2008 yang merupakan karnival kali yang keempat. Karnival ini berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2008 yang dilancarkan oleh Pn. Norzehan Binti Muhammad merangkap Timbalan Pengerusi PERSIAP Sabah ......... |
Penyertaan dianggotai oleh PERSIAP Keningau, PERSIAP Kota Kinabalu, PERSIAP Sandakan dan PERSIAP Tawau. Sebanyak 5 acara yang dipertandingkan iaitu acara olahraga (4X100 m), Bola Jaring, Badminton, Bola Tampar dan Futsal.
Bil | Acara | Johan |
1. | 4 X 100M | Tawau |
2. | Bola Jaring | Kota Kinabalu |
3. | Badminton | Keningau |
4. | Bola Tampar | Sandakan |
5. | Futsal | Keningau |
Juara keseluruhan disandang oleh pasukan PERSIAP Keningau, tempat ke-2 pasukan PERSIAP Sandakan, tempat ke-3 pasukan PERSIAP Tawau dan tempat ke-4 pasukan PERSIAP Kota Kinabalu.
Sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, ianya telah berjaya menerapkan semangat kesukanan di kalangan peserta, mengeratkan silaturahim di kalangan isteri, anak dan anggota wanita dan seterusnya menerapkan budaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian.
Majlis perasmian penutupan karnival sukan tersebut telah disempurnakan oleh PP Tey Hock Soon, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau bertempat di Dewan SK. Pekan II pada 23 Ogos 2008.
Majlis Pelancaran Oleh Pn. Norzehan Muhammad, Timbalan Pengerusi PERSIAP Sabah. | Bola Jaring | |
Badminton | Majlis Perasmian Penutupan |