Matlamat kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru-guru Penasihat Kadet Koreksional mengenai Jabatan Penjara Malaysia dan pengurusan Kadet Koreksional supaya apabila kembalinya mereka ke sekolah masing-masing, program Kadet Koreksional akan dapat bergerak lebih lancar di samping memberikan maklumat terkini mengenai pengurusan Kadet Koreksional kepada semua Pegawai Penyelaras.
Kesemua guru-guru ini telah menduduki Ujian Kefahaman untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman mereka terhadap Jabatan Penjara Malaysia dan Kadet Koreksional.
Antara kandungan kursus adalah Overview Jabatan Penjara Malaysia, Peranan Dan Tanggungjawab Guru Penasihat, Kod Etika Kadet Koreksional, Panduan Pengurusan Kadet Koreksional, Overview Modul Kadet Koreksional, Penyelarasan Aktiviti Bagi Tahun 2008, Isu Dan Permasalahan Kadet Koreksional.
Bersempena dengan kursus ini, satu mesyuarat telah diadakan bersama dengan Penyelia-penyelia Ko-kurikulum dari Jabatan Pelajaran Negeri dari seluruh negara termasuk dari Sabah, Sarawak dan Labuan. Agenda utama mesyuarat ini adalah membincangkan Program Perkhemahan tahunan Kadet Koreksional yang telah dirancangkan pada penghujung bulan Jun tahun ini.
Di akhir kursus Guru-guru Penasihat Kadet Koreksional ini telah ditauliahkan sebagai Pegawai Kanan Kadet Koreksional dengan pangkat Inspektor Kadet. Majlis Pentauliahan Pangkat Pegawai Kanan Kadet Koreksional ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman. Majlis dihadiri oleh Pengarah Dasar Dan Perancangan Strategik TKP Hj. Abdul Wahab b. Kassim, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia PKK Kushairi b. Manap dan Penolong Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, En. Mohd. Rashid b. Mean.
Sebahagian dari Guru Penasihat Kadet Koreksional sedang mengikuti ceramah |
Latihan kawat juga diadakan sebagai persiapan untuk ditauliahkan sebagai Pegawai Kanan Kadet Koreksional. |
Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman sedang memakaikan pangkat Inspektor Kadet kepada salah seorang guru yang ditauliahkan |
Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman sedang menyampaikan ucapan dan amanat kepada Guru Penasihat Kadet Koreksional yang telah ditauliahkan sebagai Pegawai Kanan Kadet Koreksional. |