15 Mei 2020 (Jumaat) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menganjurkan Majlis tamat bacaan Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan 1441H di Bilik Mesyuarat Utama IPDJ. Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi Pengarah IPDJ. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Objektif program ini diadakan adalah bagi menambah penghayatan serta memupuk cintakan Al-Quran di dalam kehidupan. Majlis juga telah diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang terlibat. Seramai (15) orang kakitangan diketuai Ustaz Ahmad Khalilullah Bin Hamdan Pegawai Agama IPDJ telah menjayakan majlis tersebut.