Pada 9 April 2020 ( Khamis), Penjara Pusat Sri Aman telah mengambil tindakan proaktif dengan melakukan program sanitasi sebagai langkah mengekang penularan Wabak Coronavirus 2019 ( Covid - 19. Operasi sanitasi tersebut melibatkan blok penempatan penghuni, pejabat serta sekitar kawasan luar penjara dan perumahan kakitangan. Operasi sanitasi itu membabitkan seramai 9 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman dan anggota dari Penjara Pusat Sri Aman. PKP Anbalagan a/l Subramaniam Pengarah Penjara Pusat Sri Aman berharap agar keluarga penghuni tidak bimbang terhadap kesihatan penghuni kerana pihak pengurusan sentiasa mengambil langkah berjaga - jaga bagi mengekang penularan wabak ini dan akan memastikan tahap kesihatan penghuni serta kakitangan sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga.