Pada 27 Januari 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah berlangsung Majlis Pelepasan Penghuni Bebas Berlesen kepada majikan iaitu Syarikat Sate Kajang Haji Samuri melibatkan seramai 30 orang penghuni. Simbolik penyerahan oleh PKP Azhar bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka kepada Encik Ahmad Syazwan Bin Yahya, Pegawai Pentadbiran Sate Kajang Haji Samuri. Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka PP Redzwan Bin Saghil@Yusof serta wakil-wakil dari Sate Kajang Haji Samuri. Majlis berlangsung mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).