Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Penjara Kajang Siri 1 1443H / 2022M telah diadakan pada hari Selasa, 25 Januari 2022 bertempat di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Antara pengisian program ialah ucapan perasmian oleh PKP Muhammad Kamal Bin Shamsuddin, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan, Penjara Kajang, ceramah pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Syafiie bin Hussain dan penyampaian cenderahati. Seramai 100 orang banduan telah hadir bersama mengikuti program ini.