Program Pelupusan Mashaf Al-Quran Dan Bahan Bacaan Agama Islam Penjara Kajang telah diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 19 Januari dan 20 Januari 2022 bertempat di Pusat Pelupusan Al-Quran Masjid Al-Amin Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am PDRM, Cheras, Selangor. Mashaf Al-Quran dan bahan bacaan agama Islam yang telah rosak dikumpulkan daripada blok penempatan banduan di Penjara Kajang (Utama dan RPD). Program ini diselaraskan dan diuruskan oleh pegawai Unit Agama dan Unit PPI Penjara Kajang (Utama dan RPD) bersama pegawai Masjid Al-Amin Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am PDRM, Cheras, Selangor.