Pada 11-13 Januari 2022, Penjara Pusat Miri telah mengadakan latihan menembak bertempat di Lapang Sasar PGA Lambir, Miri. Seramai 137 orang anggota institusi telah terlibat dengan sesi latihan tersebut. Objektif latihan menembak ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengendalikan senjatapi, memberi pendedahan tentang undang-undang penggunaan senjatapi dan juga bagi memupuk semangat kerja berpasukan. Senjatapi yang digunakan bagi sesi latihan menembak ini ialah jenis Smith & Wesson MP9, Pump Gun Mossberg, SMG HK MP5 dan Riffle M16.