Kuantan, 20 Januari 2022 - Komisioner Jeneral Penjara YBhg. Dato Haji Nordin bin Haji Muhamad telah mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil 1/2022 bertempat di Wisma Sri Pahang.
Ini adalah bagi merangka dan merancang untuk mejayakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang bertujuan untuk menambahbaik program-program pemulihan dan perlaksanaan hukuman di institusi penjara. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) YBhg. Dato Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) YBrs. Abd. Kadir bin Rais dan YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti yang menjalankan tugas Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).