20 Januari 2022 - Satu Lawatan Lapangan oleh Her Majesty's Prison and Probation Service (HMPPS), United Kingdom iaitu Mr. Douglas Graham, Governor Of HMP Isle Of Wight dan Mr. David Redhouse, Governor Of HMP Huntercombee ke Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor yang telah disambut kehadiran oleh PP Mohd Ismawi bin Sulong, Timbalan Pengarah, Pusat Koreksional Puncak Alam dan beberapa pegawai kanan dan kakitangan awam.
Aturcara lawatan lapangan dimulakan dengan sesi taklimat institusi yang disampaikan oleh TPP Muhammad Faris bin Rusli, Timbalan Penguasa Penjara, Sektor Pengurusan Banduan, Pusat Koreksional Puncak Alam disamping membuat lawatan lapangan di Pejabat Rekod, Perjalanan Program Pembangunan Insan (PPI), Padang Sukan Banduan, Surau Penghuni, Blok Penempatan Asingan, Klinik Penjara serta Blok Perjumpaan Keluarga dan pameran penjara di laluan pintu utama.
Lawatan ke Sekolah Integriti Puncak Alam turut dihadiri dan telah dipersembahkan tiga buah oleh band SIPA yang dimainkan oleh pelajar Sekolah Integriti Puncak Alam.